Ahad, 22 Mei 2011

Sengaja Membangkitkan Gian!

Foto ini tiada kaitan sajak di bawah


Dialog Suami Yang Mati Pucuk dan Isteri Yang Tiada Susu

Isteri :
“Dalam lena aku tidak tahu bagaimana kamu boleh membawa pulang kitab, gitar dan sepasang payu dara yang sudah tiada susu untuk anak-anak yang sedang menelaah, berjoget dan menangis”

Suami :
“Hanya untuk menyegar, menyembuh dan memurnikan keluarga ini yang porak peranda dikala rumah ini juga berlubang-lubang”

Isteri:
“Mengapa sampai larut malam begini hingga baju terkoyak ”

Suami:
“ jika malam mata lebih banyak berehat dan buta berjalan hingga terpijak duri”
“Seperti juga jantung, harus berehat dan berkorban seketika untuk bernafas”
“Ketika ini banyak embun bersembunyi di dalam rumput”
“Tiada sinar yang bersorak kerana kesuraman begitu cepat”
“Akan aku perlahan-lahan menyelaraskan dan merasionalisasi rumah ini
supaya rumah tidak ada lubang dan baju ini aku sendiri menjahitnya tanpa mengupah dengan sesiapa”

Isteri :
“Kemahuan kamu adalah milik kamu, kamu boleh hilangkan kemanisan dan kesusuan yang seharusnya bersama”

Suami :
“Inilah masanya jiwa kita untuk menambah subur”
“Aku terpaksa melakukan untuk anak dan cucu kita”
“Pulangku bukan membawa kenaikan kedaratan tetapi aku memperdalamkan sungai yang cetek ini”
“Lumrahlah jika kamu terkejut, marah dan menolak”
“Apa pun kamu harus menerima dan berharap aku adalah dewa segala dewa”

Teratakerapung
27 Mei 2010, PICC

Selasa, 17 Mei 2011

Diari Sesat


Diari Sesat

Foto ini tiada kaitan dengan sajak di bawah.


Hari ini aku dengar-dengar musim menjaja tentang kebenaran,
 tentang perjanjian, tentang cinta yang disumpahkan,
 tentang cincin permata yang besar,
tentang songkok tinggi,
tentang kopiah putih berserban,
 dan tentang emak derhaka kepada anak.
 Semuanya itu adalah sesat

Selain itu aku terdengar cerita doa yang sia-sia,
cerita waktu yang aktif,
cerita kebahagiaan neraka,
cerita abu-abu yang berdarah,
 cerita membengkokkan fikiran
dan pendirian dan cerita anak muda yang lembik dalam kekerasan.

Semuanya itu adalah sesat.
Hari ini juga aku mendengar bicara penguasa mati mengejar budak-budak dungu,
bicara kesalahan daging kambing bakar,
bicara papan geligar,
 bicara cikgu pondan yang membawa telefon bimbit cap ayam,
bicara manisnya bunga tahi ayam di tengah-tengah kedai di chow kit
dan bicara ayam pencen yang hilang duit pencennya.
Semuanya itu adalah sesat.

Dan hari ini aku didengari kata-kata roh-roh yang gelap,
kata-kata air mata yang abadi sesekali bertindak kejam,
kata-kata pohon beringin yang berbisik di tepi sungai Gombak,
 kata-kata kuil bulat di tengah perkampungan,
kata-kata cahaya sering kali bersorak walaupun sinarnya gagal
dan kata-kata gadis di ajak tidur yang hanya dibayar 50 sen.
Semuanya itu adalah sesat.

Sebagai aku yang tetap aku ini berkata
 “sesat itu adalah ciptaan yahudi”
“Kamu tahu kan itu”
Dan aku pun bosan!

Teratakerapung
Paya Jaras

Selasa, 10 Mei 2011

Anak Patung Busuk

Anak Patung Busuk

Seperti kebiasaannya bila tiba waktu makan malam, ruang dapur akan jadi kecoh dengan telatah-telatah nakal dan joget-joget ala jom heboh oleh 2 anak-anak kecil  Habibah dan Maisarah. Rosni hanya tersenyum melihat Habibah mundar- mandir yang masih lagi mencari-cari anak patung pinokio itu.
Rosni cuba memujuk. Memujuk anak-anak makan nasi, oh tidak sama sekali tetapi memujuk diri agar mulutnya agar tidak memarahi anak-anaknya. Malahan Rosni tidak pernah merungut mempunyai anak-anak yang nakal. Dalam hati Rosni tidak pernah susah hati dengan kenakalan anak-anaknya.
Dalam hatinya berdesik
“Baru dua orang anak, dah bikin pening kepala tidak lagi sepuluh orang anak, entahlah apa nak jadi”
“Adik, dah lah tu”
“Adik, jom makan nasi ni!”
“Sedap nasi ni, umi ada goreng ayam KFC, nak  tak?”
Habibah seakan liat yang masih mencari anak patung pinokio
“Mi, mana ibi” merangkak di bawah meja makan

“Along pun makan juga”
Maisarah bersuara dengan suara halusnya sambil tersenyum. Manakala Nizam hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.
“Along dah makan tadi dengan Mak Mah, dah kenyang ni, kalau makan lagi nanti sakit perut, bila sakit perut, kena sapukan minyak nanti susahkan umi pula”
Rosni menjawab “ mana ada makan tadi, umi kan baru masak ayam KFC, Nah! ayam KFC, sedap tau”
Maisarah sejak kecil lagi seumur satu tahun lagi bila sahaja mendengar perkataan KFC terus sahaja selera makannya datang tiba-tiba.
Terus Maisarah duduk di atas kerusi “Mana-mana, yeh-yeh! Ayam KFC, Umi masak ayam KFC”
“Jap umi, Along nak masuk tandas dulu, nak kencing dulu” Lantas suara Rosni terbit dari bibir yang separuh cantik itu “ Along ni ngada-ngada”. Maisarah tanpa menunggu lama terus menanggal seluarnya terus masuk tandas.
“jap, mahu baca doa masuk tandas dulu, Allahumaini auwzubikaminalgzubusi walghabaisi”
Semasa di dalam tandas Maisarah mengarahkan Nizam supaya dipasang lampu tanda “Ayah tolong pasangkan lampu”
Nizam tanpa berkata apa-apa terus bangun menekan suis lampu “Tab”. Selepas itu Nizam terus duduk kembali di kerusi dan bersuara “Along ni mengarut lah, nak makan ayam KFC ni masih sempat lagi nak kencing, cepat kencing tu nanti adik makan ayam KFC ni yang sedap”
“Jangan bagi pada Adik, ayam KFC Along punya”
“Jap lah Along nak kencing pun tak senang, tak puas tau!”
Selepas keluar dari tandas dan membaca doa keluar tandas
“ghuraanakal hamdulilahi lazii azhaba a’nii azawaa’fani”
Maisarah terus duduk di atas kerusi dan mencapai ayam KFC.
Nizam bersuara “Along, kan ayah dah ajar, tak baik tau, jika makan tak baca doa dulu. cepat baca doa makan”
Maisarah menjawab “Ok ayah, adik tadah tangan, Along nak baca doa makan ni”
Tersenyum-senyum Maisarah “Allahumabariklanaapimaarazaktanaawakinala’zaabanaar”
“Bismilalahirahmanilrahim”
Habibah sebelah ketiak sebelah kirinya dikepilkan anak patung pinokio setelah dijumpai dibawah meja makan, sebelah kanan pula menyuap nasi. Begitulah Habibah setiap kali apa-apa yang hendak dibuat sama ada makan, tidur, minum susu. Mesti ada disebelah anak patung pinokio itu. Pernah sekali anak patung pinokio tidak dijumpai setelah disembunyikan oleh kakaknya Maisarah. Habibah tidak senang kerja dibuatnya, susu tak nak, tidur pun tak nak. Rosni, Nizam dan Mak Mah cuba memujuknya maksudnya disini adalah Habibah lah, katakan tak faham lagi. Mestilah Habibah kan. Semuanya tidak dilayan sama sekali selagi anak patung pinokio tidak dijumpai. Nasiblah Maisarah ni yang sembunyikan, kalau anak patung pinokio ini hilang, bagaimana mahu memujuknya. Memang susah betul kan?
Nizam bersuara “Umi, tengok tu Along dan adik berselera sungguh dia makan ayam KFC tu, Umi terpaksa kena masak ayam KFC hari-hari nampaknya”
Rosni membalas “banyaklah cantik, abang lah yang masak, tak larat saya nak masak ayam KFC hari-hari, dah disekolah kena masak ayam juga, balik rumah pun masak ayam juga”
“lama kelamaan muka saya pun macam ayam juga” Rosni tersenyum.
Maisarah sendawa “ah, kenyangnya, sedap juga ya makan ayam KFC ni”
“Ayah! Umi! Tengok perut Along dah buncit macam orang dah besar”
“Ok Along mahu tengok tivi, adik, ayah, umi makan lah dulu”
Nizam bertanya kepada Maisarah “Along! Mahu kemana tu”
Balas maisarah “mahu tengok tivi lah ayah, kenapa ayah?”
“kan ayah dah ajar Along sebelum ini, bila dah habis makan kena buat apa pula”
“Oh lupa pula along ni, kecil-kecil ni dah lupa, baiklah ayah” sambil menggaru kepalanya.
Maisarah menadapkan kedua-dua belah tangannya lalu membaca doa selepas makan
“Alhamdulilahilazi ita’mana wasakalna wajaa’lana muslimin”
“ok, along keluar dulu”


Rosni bersuara sambil memegang 2 botol susu “Jom, masa untu tidur, Nah!” menghulur botol susu kepada Habibah dan Maisarah.
“Ibi”
“Ibi” 
“Mana” 
Habibah masih mencari lagi.
Rosni dan Nizam tersenyum sendirian melihat gelagat Habibah
Mata habibah melilau mencari anak patung pinokio itu, dimulutnya botol susu sambil memanggil-manggil anak patung. Habibah begitu sayangkan anak patung pinokio itu, jika setiap kalau mahu tidur, habibah pasti akan mencari anak patung pinokio terlebih untuk mengucup di atas hidung anak patung pinokio itu, habibah tidak lagi tidur di atas buaian.
“mi, apa tu” menunjukkan batal busuk disebalik pintu bilik.
“Ibi”
“Yah”
“Yah”
 itulah perkataan yang selalu terbit daripada mulut habibah bila mencari anak patung yang disayanginya sebelum masuk tidur. Malam itu dingin sungguh bila hujan turun dengan renyai-renyai.
Habibah masih lagi memanggil umi.
“Umi, Umi”
“Bi”
“Bi”
Dibalas oleh uminya
“Entahlah, umi pun tak tahu kemana perginya”
“Along, mana baby adik?” memandang kearah Maisarah yang tersenyum-senyum menampakkan gigi yang berongga di atas.
“Oh! Along sorok ya, baby adik”
Lantas dijawab dengan pantas
Meletakkan hujung jari telunjuknya ke sisi dahi
 “sekejap ya umi”
“Entah lah umi”
“jap”
“jap”
“dimana ya! Tadi Along rasa along nampak di sini” menunjukkan ditepi kerusi kecilnya sambil senyum-senyum.
Rosni bertanyakan kepada Maisarah “Along letak di mana baby adik, cepat lah”
“kesian adik tu, Along tak kesian pada adik kah”
Maisarah dengan gelagatnya masih lagi tergedik-gedik tangan menari-nari. Maisarah membalas “sekejap umi, nanti Along fikir, tadi Along ada nampak”
“oh baru Along ingat, di atas almari buku ayah” balas Maisarah.
Nizam terus mengarahkan Maisarah “cepat lah Along pergi ambil, baby adik tu”
“Cepat! ”
Maisarah dengan malas menjawab “malas lah ayah, adik pergi ambil sendiri, apalah ayah ni itu kan baby adik kenapa pula along pula kena ambil, ish ayah ni”
Nizam memujuk “Along kenapa jadi begini, taka pa nanti along, ayah tak bawa along pergi jalan-jalan esok, ayah nak bawa adik sorang saja”
Habibah menangis keluar dari bilik tidur dan mencari-cari anak patung pinokio
“mi, apa tu” menunjukkan anak patung pinokio.
“Along tak ada kerja lain kah, kalau tak buli adik satu hari tak boleh, ish Along ni” Nizam menegur Maisarah yang hanya tersipu-sipu sambil berjoget-joget manja. Menjadi kebiasaan bagi Maisarah bila ditegur manja oleh Nizam dan Rosni.
Nizam masih lagi menyambung teguran kepada anak sulungnya Maisarah
“Sudah ayah pesan, adik masih kecil kan, tak usahlah menyakiti hati adik tu, Along kan sudah besar”
“Along! Siapa cerdik?”
Lantas dijawab dengan pantas oleh Maisarah “Saya, Siti Nur Maisarah binti Mohd Shahrul Lizam”
Rosni cuba membetulkan “bukan Mohd Shahrul Lizam”
“Habis tu kalau bukan Mohd Shahrul Lizam, apa nama ayah” Maisarah bertanya kepada Rosni dengan senyum.
Nizam hanya tersenyum dengan kepetahan Maisarah.
Rosni menjawab pertanyaan Maisarah “ Mohd”
Dituruti oleh Maisarah “ Mohd”
Di sambung oleh Rosni “Shahrul”
Maisarah menuruti perkataan demi perkataan yang diucapkan Rosni “ Shahrul”
Rosni lagi menyambung “selepas itu”
“Lizam” dengan pantasnya Maisarah menjawab sambil tangannya bertepuk ke atas.
“Bukan lah, Nizam, Nizam” Rosni membetulkan.
“Nizam, Nizam” Maisarah menuruti.
“tapi umi, sama lah, Nizam atau Lizam, bunyinya sama Zam juga kan, hahaha” gelak Maisarah.
Nizam hanya tersenyum manja melihat telatah anak sulungnya.
“Ya lah tu, sudah lah along tidur” Rosni mengarah Maisarah tidur.
“Betul tu, Along pun rasa mengantuk la” jawab Maisarah.
Rosni bertanya kepada Maisarah “Along! Sebelum tidur buat apa”
“Baca doa tidur” Jawab Maisarah dengan pantas Maisarah menadap tangan mendoakan doa tidur.
“Ok adik, umi, ayah. Selamat malam, good nite. Adik jom tidur” Maisarah mengucapkan sambil menarik selimut busuknya.
 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates