Jumaat, 3 Jun 2011

Hari Pertama Bulan Enam

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini adalah tiga hari bulan enam dua ribu sebelas,  diharapkan tuan-puan berada dalam sugar  segar dan bugar.

Bulan enam adalah detik yang paling indah bagi aku yang serba kekurangan ini. Enam tahun lepas kira-kiranya tahun dua ribu lima, Ketika itu hati aku mengalami satu sesuatu dentuman yang amat kuat, aku tidak tahu bagaimana menulisnya di sini hanya tuhan sahaja yang tahu. Jika kamu tidak mengalaminya kamu tidak faham apa kah itu dentuman itu.


Dalam tempoh perjalanan itu, aku mengalami pelbagai pengalaman indah, pahit, masam, manis, dan apa lagi yang pastinya ada perisanya. Perlukah aku menceritakannya. Sekadar aku memberitahunya tentang perisanya sahaja. Kerana ianya menjadi perapi setia dalam pembuluh diri aku sahaja.

Malahan dalam tempoh itu aku pernah bergelar sebagai penganggur, pelayan restoran, tukang masak, pekerja khidmat singkat, kerani cabut, pemancing ikan, aktivis seni, mat guard, operator, driver van, guru sandaran,  jurujual, penjaga stor, dan banyak lagi kerjaya yang aku tempuhi.

Sehingga kini aku seperti dulu yang kamu kenal dulu dan seorang meminati karya seni dan sastera.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke  7 enam untuk diri sendiri dan pasangan aku lah.

Ada sajak lama aku titipkan untuk laman kasehku untuk kamu:

KATANYA KAU MAHU BERCINTA

Katanya kau mahu bercinta
Memandang pun tidak
Menjeling pun tidak
Bersuara pun tidak
Ternganga pun tidak
Mempedulikan pun tidak
Hanyalah membisu seribu bahasa


Katanya kau mahu bercinta
Berbicara tidak bisa
Berkompromi tidak bisa
Berunding pun tidak bisa
Hanyalah nurani aura sanubari yang bisa


Sebenarnya,
Kau tidak mahu bercinta
Yang pastinya
Kau bisa mencoretkan
Tentang diri yang berdiri


Pastinya
kau kebosanan, kelaparan
Dalam mahal pengakuan dan tawa pura-pura
Bersama di dalamnya jiwa kegelapan bersenangan
Beriringan dengan kelam malam


Teratakerapung
Gombak Setia
 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates