Ahad, 26 April 2015

Arsenal vs Chelsea





Semalam pertembungan antara Arsenal dan Chelsea satu bukan pelawanan yang  sejarah pun. Ianya sebuah perlawanan biasa dalam liga perdana inggeril(EPL) kali ke 34. Berkesudahan seri tanpa jaringan meskipun the gunner mendominasi perlawanan tersebut tapi sekurang-kurangnya  dapat menghalang Chelsea dapat menjuarai dengan cepat pada musim ini.

Sejarah itu penting! 
Oh! 
Tidak!

Sejarah hanya untuk manipulasi saja.
Dalam era bola sepak moden saya tidak percaya pada sejarah kerana sejarah merosakkan sesuatu pasukan. Namun kawan saya pernah berkata sejarah penting untuk meningkatkan motivasi pasukan menggapai puncak. Itu kata dia bukan saya walhal pasukan yang disokongnya  diambang kepudaran menuju puncak.

HAHAHA!


Khamis, 23 April 2015

Beg karrimor tryfan SA2 60-70 liter untuk di jual

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Saya ada beg karrimor tryfan SA2 60-70 liter
belum digunakan lagi kerana pemilik tak nak pakai
beg dalam keadaan baik 
Warna : Black/chacoal
Condition : good
Harga : RM 400
Prefect self collect : Kuala Lumpur
Siapa cepat dia dapat

#Berminat buleh whatsapp : 0196197278






















Rabu, 22 April 2015

Cerita Kecil Hari Bumi








Semalam
Ianya nyaman dan syahdu
Suci putih bersih
Menyenangkan, kesejukan dan berkasih sayang
Hinggakan tertusuk sungguh dalam di jiwa                  

Hari ini
Ianya telah didera hitam
Tterlalu jauh berlari-lari
Tidak terkejarnya
Tiada lagi menggoda
Tiada lagi menyapa

Penghuninya
Membuang segala tentang falsampah
Segala tangisan
Tiada lagi keindahan itu
Tiada peduli oleh penghuninya

Esok
Tiada perasaan gelisah
Rasa maaf
Tiada lagi rasa cinta
Tapi sayangnya
Harum  mu telah menjadi bau yang hanyir

Selamat hari bumi



22 April 2015





#Kredit foto dari http://www.griyawisata.com





















Selasa, 21 April 2015

Piala FA 2015 : The Red Warrior ke Semi Final






Kota Bharu, semalam  Bekas Champion FA cup The Red Warrior melangkah dengan bergaya ke semi final FA cup 2015 dengan agreget empat - satu setelah menumpangkan tim bertaraf kelab, Sime Darby FC dengan tiga-kosong pada aksi timbang balik yag diadakan di Stadium Sultan Muhammad iv setelah kedua-dua pasukan terikat satu-satu pada perlawanan pertama di Stadium Selayang, kemenangan pertama kepada ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah setelah mengambilalih tugas jurulatih dariapada George Boateng sekaligus memberi harapan yang menggunung kepada penykong setia The Red Warrior. 

Pada aksi malam tadi, kedua-dua tim berbalas serangan namun begitu tiada jaringan dapat dilakukan sehinggalah pada minit-minit terakhirnya separuh masa pertama hanya berbaki lima minit terakhir tiba-tiba kapten tim The Red Warrior dijatuhkan dan refree tidak teragak-agak memberi sepak penalti. 
Gooool..Akhirnya TRW telah mencetak gol.
The Red Warrior telah mendahului satu - kosong 



Tim kendalian Azraai Khor Abdullah kembali lagi mencetak gol dengan sepakan laju Austin Amutu yang bergerak secara solo pada minit ke lima puluh tujuh setelah melepasi pertahanan tim Sime Darby FC dan tim yang dikenali sebagai pahlawan merah kembali mengganas setelah mengalami kekalahan kelima dalam aksi domestik liga super dengan jaringan penyerang dari negara Colombia, Erwin Carrillo pada minit ke tujuh puluh empat dengan sepakan lencong sehingga menggegar jaring tim Sime Darby FC menjadikan tiga kosong untuk tim The Red Warrior dan kosong tim Sime Darby FC



Dengan kemenangan itu, tim Kijang bakal bertemu sama ada Pahang atau Pulau Pinang pada sembilan hari bulan lima  pada akhir semi final nanti. 






Isnin, 20 April 2015

Tips Memilih Multi Level Marketing









Kefahaman saya tentang 'Multi Level Marketing'

Ini kefahaman saya tentang multi level marketing ianya satu sistem pemasaran secara berkelompak melalui keanggotaan yang membentuk pasukan pemasaran dengan banyak atau level. Secara dasarnya multi level marketing adalah sebuah perniagaan jualan langsung sama ada jualan perkhidmatan atau produk yang akan dilakukan. kebiasaan sistem marketing terbahagi kedua level yakni up-line dan down-line. sistem ini memberi gambaran bahawa bentuk pemasaran secara networking di mana up-line diwajib mencari down-line yang ramai bagi membolehkan mendapatkan bonus yang sebanyak-banyaknya.  

Tips-tips Multi Level Marketing

Beberapa tips-tips yang diunjurkan oleh sifu-sifu saya bila mahu memilih program-program multi level marketing(MLM)


7 tips yang saya gunakan untuk memilih syarikat bagi mengelakkan terkena skim-skim yang merapu dan daripada ditipu dan jangan percaya apa yang upline ceritakan anda perlu semak sendiri.

1. LESEN SSM

Menyemak sendiri dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bayar RM10 boleh tengok detail pasal syarikat multi level marketing



2. LESEN AJL


Harus menyemak juga dengan pihak berkuasa tentang akta jualan langsung 2013 iaitu pihak KPDNKK sebab syarikat yang menjalan perniagaan multi level marketing(MLM) wajib ada sijil multi level marketing, jadi Syarikat MLM yang rekrut ahli dan menerima bonus serta produk wajib ada lesen di bawah akta jualan langsung (AJL). Ini adalah Malaya, undang-undang bagai. 



3. BANK NEGARA



Wajib menyemak dengan bank negara, sama ada blacklist atau tak syarikat MLM ni, semua tak ada. okey cantik. Syarikat yang ada lesen AJL dia di bawah pemantauan KPDNKK, so tak ada mengena dengan bank negara.






4. AGREEMENT

Jika ada agreement satu kelebihan. memilih syarikat yang ada agreement. Saya bawa kawan saya seorang peguam untuk teliti agreement, saya tak reti ayat-aya lawyer nih, jika tak tau jangan nak memandai




5. MENGIKUT SYARIAH





Sebagai orang Islam yang ni paling penting iaitu setiap perniagaan, dan sistem mesti mengikut syarak, bab ni kena tanya ustaz yang pakar bab muamalat makna sistem adalah syariah-compliant.

6. ELAKKAN SYARIKAT BARU

Kalau boleh pilihlah syarikat yang dah 5 tahun beroperasi sebab ia satu syarikat yang dah kukuh dan stabil dari segi kewangan dan sistem.

7. BERDAFTAR GST

Jika syarikat multi level marketing tu berdaftar GST maknanya syarikat tu syarikat yang sah dari segi undang-undang, takkan skim cepat kaya nak daftar GST dengan Kastam. betul tak?




Jika 7 perkara ni tidak lengkap maka saya syorkan jangan join dengan syarikat multi level marketing tu. 



#kredit semua foto dari google/foto











Khamis, 16 April 2015

Buku, Seni & Kopi di Temu Kerichi





Sebenarnya aku sudah lama mahu menulis tentang temu kerichi hinggalah hari ini terdetik untuk menulisnya. Aku nak tulis sikit saja. Okey!

Semalam! Siap terhidang secawan(secangkir terlalu klise) kopi pak tam memberi satu aroma mengujakan. Pergh!Itulah perspektif pertama jika pekena kopi pak tam di sebuah kedai yang di namakan temu kerichi dengan 'tagline' yang mudah iaitu buku, seni dan kopi.. Kata kawan aku, kopi pak tam diberi taraf lima bintang. Jika korunk peminat tegar kopi tidak rugi jika mengunjungi temu kerinchi. apa yang menarik di sini ianya lebih konsepnya urban village dengan buku-buku pelbagai lebih santai untuk korunk lepak. 

Untuk maklumat korunk temu kerinchi ini terletak di kampung kerinchi di tingkat bawah Flat PKNS berhampirn LRT Universiti dan Vista Angkasa sebelahnya pula KL Gateway yang sedang rancak membangun, dikatakan KL Gateway mempunyai ruang pejabat dan hotel bertaraf bintang-bintang kemungkinan begitu kata kawan aku. 




Dengan suasana santai bersama kawan-kawan lepak untuk bertukar network, bertukar cerita dan sembang tentang isu-isu semasa, seni serta buku ataupun apa jua. memang sesuai untuk lepak. Temu Kerinchi juga sesuai dijadikan tempat 'lauching buku', diskusi dan sebagainya. Untuk maklumat di temu kerinchi juga ada menjual buku-buku dan ada juga untuk bacaan di kedai temu kerinchi. 


Selain kopi pak tam yang mengujakan seperti pengantin menikmati malam pertama, makanan yang paling menyelerakan buat korunk pastinya laksa utara Kak Tim, korunk akan rasa puas hati menikmati laksa Kak Tim. Aku boleh katakan woww!
Korunk jika memilih makanan lain di antaranya nasi ayam mentega, soto, ayam gunduk(lebih sedap dari KFC), nasi puteh bawal goreng dan beberapa jenis makanan lagi. 



                               Acara minggu lepas diskusi bersama Dr Afifbaharudin dan Ainie Haziqa bertajuk anak muda dan aktivisme


Akhirnya sekali korunk buleh rujuk fesbuk, twitter, instagram temu kerinchi atau email ke temukerichi@gmail.com untuk maklumat lanjut berkaitan dengannya. 


 *kredit foto fesbuk temukerinchi.

Selasa, 14 April 2015

Sejarah Itu Penting


Ya! Sejarah sesuatu kejadian masa lampau dalam kehidupan atau yang lebih unik dan penting tidak boleh dilupakan dan didokumentasikan. Namun begitu sesetengah orang sejarah sesuatu yang membosankan kerana apa ianya membosankan? kerana sesuatu rentetan cerita kegiatan atau peristiwa secara kronologi. waima ada puncaknya seperti peperangan.

Sejarah bukan keutamaan sebenar untuk aku kongsikan. Apa yang lebih penting adalah apakah kepentingan sejarah sebenarnya? Secara harfiahnya kepentingan sejarah adalah proses menyimpan dan mengingat tidak terputus melalui dokumentasi samada fikizal atau maya yang boleh dipercayai sumbernya.

Okey! Minggu lepas aku menghadiri satu bengkel penulisan novel sejarah anjuran Persatuan SejarahMalaysia(PSM) di Wisma Sejarah Jalan Tun Razak,  Dalam bengkel tersebut banyak maklumat-maklumat yang berguna untuk penulis-penulis untuk menyertai sayembara penulisan ini.

Ianya sesuatu berita yang baik untuk penulis di luar sana. Jom kita berlumba-lumba menulis.





Jumaat, 10 April 2015

Repost Sajak : Dialog Suami Yang Mati Pucuk & Isteri Yang Tiada Susu


Malam ini bosan sunggoh, lalu aku buka pc seperti mahu menulis sajak tentang ji es ti, entah lah setelah hampir satu jam tak tertulis apa-apa pun, idea ada tapi di mana nak memulakan seperti tidak kena, tulis ini tak jadi, tulis itu tak jadi, mungkin perkara ini disebabkan sudah lama tidak menulis rasanya kali terakhirnya aku tulis sajak tahun 2012. Itu yang terakhirnya dan selepas itu aku seperti cuci tangan. 

Okey. untuk tidak mengecewakan hati aku yang sunggoh bosan aku titip sajak yang tulis 2010 masa itu aku lepak di kafe PICC putrajaya. Tajuk sajak ini sedikit lucah tapi isinya tidak begitu. Jika di diteliti isinya lebih kurang makna ji es ti namun begitu bergantung kepada kefahaman pembacanya.

-------------------------------------------------------------
Dialog suami yang mati pucuk & isteri yang tiada susu
-------------------------------------------------------------

Isteri : Dalam lena aku tidak tahu bagaimana kamu boleh membawa kitab, gitar dan sepasang payu dara yang sudah tiada susu untuk anak-anak yang menelaah, berjoget dan menangis

Suami : Hanya untuk menyegar, menyembuh dan memurnikan keluarga ini yang porak peranda di kala rumah ini juga berlubang- lubang

Isteri : Mengapa samput larut malam begin hingga baju terkoyak

Suami : Jika malam buta lebih banyak berehat dan buta berjalan hingga terpijak duri, seperti juga jantung harus berehat dan berkorban seketika bernafas, ketika ini banyan embun bersembunyi dan merasionalisasi serta mengtranformasi rumah ini, supaya rumah tidak ada lubang dan baju ini aku sendiri akan menjahitnya tanpa mengupah dengan sesiapa

Isteri : Kemahuan kamu adalah milik kamu, kamu boleh hilangkan kemanisan dan kesusuan yang seharusnya bersama

Suami : Inilah masanya jiwa kita untu menambah subur, aku terpaksa melakukan untuk anak-anak dan cucu kita, pulangku bukan untuk membawa kenaikan kedaratan tetapi aku memperdalamkan sungai yang cetek ini, lumrah lah jika kamu terkejut, marah dan menolak, apa-apa pun kamu harus menerima tentang arahan ini dan berharap aku adalah dewa segala dewa.

27 Mei 2010

Khamis, 9 April 2015

Takaful dan Islam

Saya merasakan perlu untuk berkongsi maklumat yang terima dari grup whatsApp mengenai takaful dan islam. Di bawah ini saya copy dan paste.  



Takaful & umat Islam: antara persaingan, keperluan & kehendak

Konsep takaful yg bermatlamatkn menjaga kebajikan kesihatan serta bagi menggantikan insuran, oleh kerana kesimpulan fatwa kebangsaan yang menggalakkan untuk tinggalkan insuran & beralih kepada takaful, oleh itu ada beberapa perkara pokok yang perlu diketengahkan:

Persoalan keperluan persaingan antara syarikat yang berbeza takaful, dari sudut bagi membina maslahat, persaingan antara berbeza syarikat adalah tidak perlu, kerana jika dari mereka ingin memartabatkan muamalat Islam, maka sepatutnya setiap mereka berganding bahu berbagi polisi2 yang ada untuk memenuhi keperluan umat Islam yang berbeza kemampuan, sikap berkejar untung akan membuat umat islam kabur akan maksud asal takaful itu sendiri, maka berkerjasama adalah jalan yang terbaik, amalkan blue ocean strategies

Persoalan atas keperluan, dari sudut pandangan masyarakat sekarang secara umum, takaful tidak lain hanyalah salah satu teknik bagi menjana pendapatan, dengan hebahan keuntungan yang lumayan. Yang sebenarnya takaful cukup disediakan bagi merencana ekonomi jangka masa panjang, maka penerangan seharuslah bermotif perancangan kewangan mikro & makro yang sepadan dengan kemampuan, penerangan ini secara tidak langsung akan membantu umat islam untuk lebih mengenali muamalat islam. Bayangkan apabila ejen tidak berkejar untung cuma sepakat membantu umat Islam, satu usaha yang murni.

Kehendak, sistem takaful sudah berkembang & tidak dapat tidak adalah medium pencegahan insuran, mana mungkin takaful terhapus & mana mungkin ia dilupuskan, maka amat sedih apabila nonmuslim berkejar mengaut untung didalam muamalat islam yang berteras menjaga kemaslahatan ummah, dimana anak muda lari sedangkan orang yang tua menafi.

Sudah tiba umat islam berganding bahu di dalam membaiki dan menegakkan muamalat islam malah menjadikan ia benar2 menjaga kemaslahatan ummah, semoga yang lemah dibaiki & yang benar diangkat.

Yang Benar

Ahmad Nadzimuddin Muhamad Bustaman
Pengarah Urusan
Pusat Tarbiah (Pondok) Tok Ayah Kob


Wacana Ilmu

Dua minngu lepas saya ke majlis ilmu iaitu wacana ilmu yang diberikan tajuk "institusi keluarga kini pencorak generasi masa depan"anjuran jabatan tempat saya bekerja. majlis tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Nor Azamir Alias, Timbalan Mufti Negeri Sembilan.

"Zikir agung adalah solat" keyword yang memberi kesan bermakna pada jiwa saya,
tapi itu bukan persoalannya tetapi ada sesuatu yang memberikan makna kepada saya atau sesiapa sahaja yang bakal memperolehi cahaya mata. beberapa teknik yang telah saya kutip untuk dikongsikan bersama anda khusus pembaca yang sempat mengunjungi blog saya yang tidak beberapa ini.

 Apa menarik minat bagi saya tentang teknik mendidik anak-anak secara islam dan saya merasakan patut dikongsikan dan saya tidak pasti teknik ini yang disampaikannya di ambil dari mana puncanya.

sedikit ringkasan teknik mendidik anak-anak secara islam

i. Perkenalkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran - biasakan anak-anak dengan Al-Quran
ii. Fahamkan tentang islam- melalui pembelajaran dan majlis-majlis ilmu.
iii. Kasih Sayang - Jadikan anak-anak  sebagai sahabat atau kawan sekurang-kurang anak-anak ada tempat mengadu
iv. Memahami perkembangan anak-anak
v. Memberi perhatian semua anak-anak, jangan pilih kasih antara anak-anak
vi. sentiasa mendekati dan berkomunikasi lah dengan cara berkesan



Ahad, 5 April 2015

Gaya Hidup Sihat - Hiking Gunung Irau


Serius! Bila perut dah boroi pasti korunk nak amalkan gaya hidup sihat.  
Contohnya mendaki gunung. Kononnya nak aktiviti mencabar mental dan fikiran selain itu kononnya lagi untuk menyihatkan tubuh badan,  daki gunung menyusahkan malahan sakit badan itu pasti kalu main belasah jer.  Ah! Ini semua poyo.  
Mendaki dua gunung itu lagi best. hahaha. 

AKU SAJA YANG TAK POYO




 Cuba tengok di bawah tu perut dah boroi. apa kes nih?




 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates