Isnin, 20 April 2015

Tips Memilih Multi Level Marketing









Kefahaman saya tentang 'Multi Level Marketing'

Ini kefahaman saya tentang multi level marketing ianya satu sistem pemasaran secara berkelompak melalui keanggotaan yang membentuk pasukan pemasaran dengan banyak atau level. Secara dasarnya multi level marketing adalah sebuah perniagaan jualan langsung sama ada jualan perkhidmatan atau produk yang akan dilakukan. kebiasaan sistem marketing terbahagi kedua level yakni up-line dan down-line. sistem ini memberi gambaran bahawa bentuk pemasaran secara networking di mana up-line diwajib mencari down-line yang ramai bagi membolehkan mendapatkan bonus yang sebanyak-banyaknya.  

Tips-tips Multi Level Marketing

Beberapa tips-tips yang diunjurkan oleh sifu-sifu saya bila mahu memilih program-program multi level marketing(MLM)


7 tips yang saya gunakan untuk memilih syarikat bagi mengelakkan terkena skim-skim yang merapu dan daripada ditipu dan jangan percaya apa yang upline ceritakan anda perlu semak sendiri.

1. LESEN SSM

Menyemak sendiri dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bayar RM10 boleh tengok detail pasal syarikat multi level marketing



2. LESEN AJL


Harus menyemak juga dengan pihak berkuasa tentang akta jualan langsung 2013 iaitu pihak KPDNKK sebab syarikat yang menjalan perniagaan multi level marketing(MLM) wajib ada sijil multi level marketing, jadi Syarikat MLM yang rekrut ahli dan menerima bonus serta produk wajib ada lesen di bawah akta jualan langsung (AJL). Ini adalah Malaya, undang-undang bagai. 



3. BANK NEGARA



Wajib menyemak dengan bank negara, sama ada blacklist atau tak syarikat MLM ni, semua tak ada. okey cantik. Syarikat yang ada lesen AJL dia di bawah pemantauan KPDNKK, so tak ada mengena dengan bank negara.






4. AGREEMENT

Jika ada agreement satu kelebihan. memilih syarikat yang ada agreement. Saya bawa kawan saya seorang peguam untuk teliti agreement, saya tak reti ayat-aya lawyer nih, jika tak tau jangan nak memandai




5. MENGIKUT SYARIAH





Sebagai orang Islam yang ni paling penting iaitu setiap perniagaan, dan sistem mesti mengikut syarak, bab ni kena tanya ustaz yang pakar bab muamalat makna sistem adalah syariah-compliant.

6. ELAKKAN SYARIKAT BARU

Kalau boleh pilihlah syarikat yang dah 5 tahun beroperasi sebab ia satu syarikat yang dah kukuh dan stabil dari segi kewangan dan sistem.

7. BERDAFTAR GST

Jika syarikat multi level marketing tu berdaftar GST maknanya syarikat tu syarikat yang sah dari segi undang-undang, takkan skim cepat kaya nak daftar GST dengan Kastam. betul tak?




Jika 7 perkara ni tidak lengkap maka saya syorkan jangan join dengan syarikat multi level marketing tu. 



#kredit semua foto dari google/foto











Tiada ulasan :

Catat Ulasan

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates