Isnin, 31 Ogos 2015

Perahu Perpaduan





Perahu ini sudah lama berlayar
Meredah lautan bernama Malaysia
Masih terkial-kial mencari daratan
Terbentang lembah menghijau muafakat

Perahu yang satu bermuat impian
Tidak terumbang-ambing menuju tepian
Angin pun bersahabat memujuk laut agar tenang
Awan sejuk dalam damai yang luar biasa mengundang

Dari gunung kedengaran berita gempa yang gempita
Ada nyawa terkorban dalam gegearan di tanah tinggi kita
Cerita mitos semangat yang marah sucinya tercemar
Sampai tuntutan ritual peribumi yang beryakin benar
Menaerik perhatian dunia – sama memberikan komentar
Ada yang setuju mengangkat wibawa budaya warisan
Tidak kurang mempersendakan amalan kuno pascamoden
Sambil rakyat kecil mengibarkan kain prihatin empati dipinta
Perahu terus belayar laut perpaduan menghulur kemanusiaan
Kala kewiraan malim gunung yang menyerlah ditulis tinta

Tiba-tiba lanun lautan muncul di laut ketuanan
Kapal besar berisi minyak kehidupan bahan daganagan
Menggoncang perahu perpaduan yang menghampiri daratan
Pencarian dan usaha menyelamat sampai ke penamat
Semua anak kapal selamat – minyak masih dalam kandungan
Menggamit kelegaan tatkala gunung kesusahan
Masih bergegar

Perahu perpaduan in mesti sampai di daratan walau ada gegar
Kerana laut pun lanun bermaharajalela  bagai tiada gentar
Perahu yang kecil boleh meraih pengiktirafan sewajar
Pabila sampai di destanasi daratan merdeka tidak gentar gegar.

Raymond Majumah

Khamis, 27 Ogos 2015

Tentang ‘Neuronistik’ Indah




Sesudah dua per malam aku tidak menjamah ketika bersahur dalam menerokai sisa-sisa kehausan yang tertinggalan kebelakangan yang berbeda sekali masa atau waktu semakin mencari kedaifan yang menjelang
Kata orang sebenar kejayaan yang sebenar adalah bila orang ramai atau masyarakat ataupun khalayak ramai menggelarkan diri kita adalah sekali-sekala gila. Bukan gila otak dengan tepat sekali psiko hanya neuronistik yang extreme. Oh tidak sebenar aku mencari ketenangan yang mungkin menjadi penghalang kea rah pengharapan yang semakin hilang dari pandangan yang jauh

Bila sesungguh aku hilang dari kekataan yang terlalu hendonisme umum. Apakah yang harus aku tumpukan untukan meneruskan perjuangan ini yang semakin menghilang bila tatkala sesekali hilang menjuju kea rah yang semakin gelap kea rah hadapan untuk mengarap sisa-sisa kehidupan sehinggalah aku lenyap dari perkuburan sastera kreatif dan seni.

*sajak ini pernah aku tulis sembilan yang lepas. ianya sengaja repost balik untuk mengembalikan kegilaan yang melampau tentang kesenian

Khamis, 20 Ogos 2015

 

Nuffnang

Site

Iklan

 
Blogger Templates